Labels

Tuesday 31 August 2021

Views

Assalamualaikum haiiiiii :)

Dah berhabuk blog ni ha..lately ni rasa nak berbisnes balik,so bincang punya bincang dengan hubby,i decide nak jual kaftan viral ni since nampak member fb ni aktif mempromosikan untuk beli secara codi.Masa first batch order tu Alhamdulillah dapat sambutan tak sampai sehari dah licin stock.Then order untuk second batch Alhamdulillah stock makin menyusut ...dah tinggal 9 helai je lagi...So sesiapa berminat boleh pm saya or whatapps http://www.wassap.my/601137795157/nakkaftanviral

Actually,kaftan ni ada 10 warna menarik..boleh refer kat gambar yang i post...Harga pun berpatutan hanya rm 19.90 sehelai..Istimewanya kaftan ni..
  • Material kain tak panas
  • Tak tebal dan tak nipis
  • warna-warna yang menarik
  • selesa dipakai
  • free size (s-xxl)
OK,MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK GRAB FOR YOURS... :)














TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Sunday 12 November 2017

Views
Image result for perkataan assalamualaikum


Image result for perkataan assalamualaikum

     Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua followers kerana tidak terlalu aktif dalam penulisan blog ni.Now I'm back !!!Banyak perkara yang terjadi sejak akhir akhir ni.Aku mula bekerja balik selepas 'part time' jadi shaklee distributor.Tak sampai setahun lagi aku bekerja,aku dapat tahu abah sakit dan 'starting' tu aku ulang alik untuk bawa abah 2 kali seminggu untuk 'check up'.Lepas 2 bulan macamtu ,abah demam,'then' abang bawa abah ke hospital ditemani oleh aku.Doktor kata keadaan abah tenat dan kritikal.ALLAH!!!hanya itu mampu aku ungkap kat bibir ni.Tak tertahan tengok derita abah.Then abah dipindahkan ke wad ccu tapi abah masih tidak sedarkan diri.Air mata menemani aku sepanjang 3 hari abah koma di hospital.Tepat jam 11.28 bertarikh 27 Oktober 2017 abah pergi menghadap ILAHI.Tak tertampung airmata ni hanya ALLAH saja yang tahu apa yang aku rasa masa tu.Aku lemah,pengsan dan tak kuat untuk dugaan ni.Tapi aku redha ya ALLAH.Jika itu takdir aku.Tanpa abah dan ibu diusia 25 tahun ini.Tak sangka abah pergi dibulan yang sama dengan mak walaupun tahun yang berbeza.
    'Abah,saat ni na rasa kehilangan sangat tanpa abah dan mak.Semoga roh abah dan mak dicucuri rahmat,ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampuni segala dosa2.Amin....'
NOW,kerinduan adalah peneman aku setiap hari setiap detik setiap saat.Kerinduan yang tak terungkap dengan kata-kata.Terima kasih kepada sang suami yang sentiasa ada disisi sebagai penguat dan dorongan untuk aku teruskan hidup.Terima kasih juga pada abang dan keluarga abah serta keluarga mertua yang sentiasa memberi sokongan kat aku.

                                                       BUAT ABAH
    Na minta maaf kat abah sebab tak dapat nak bagi sepenuh perhatian semasa abah masih hidup.Tapi satu je abah kena tau,na terlalu sayangkan abah.Kasih sayang tu walaupun tak dapat ditunjuk tapi selalu ada.Alhamdulillah,disaat saat terakhir abah,na sempat juga beberapa kali bacakan yasin untuk abah,cium abah,bisik kat telinga abah,hanya airmata abah yang na dapat lihat .Jauh disudut hati na ,memang tak tertahan hati dan diri ni ,abah.Abah,tenanglah abah disana ya.Semoga diampunkan segala dosa dosa dan abah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.Amin.Hanya doa mampu na panjatkan.Assalamualaikum abah.Al fatihah buat abah,Sharin bin Isa.

Image result for doa buat arwahImage result for doa buat arwah




TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Views
Lirik lagu Ayah: Edry & Azmi

Ayah
Namamu dalam hembusan
Setiap tadahan doa
Kumemohon kau dirahmati-Nya
Diiringi al-Fatihah

Ayah
Sejak kau pulang kembali
Mataku tak pernah kering
Dalam mimpi sering kaumenjelma
Rasa rindu tak terhingga

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah
Pergimu bagai menebuk
Kelohongan dalam hidup
Akan kubekal kasih yang ada
Untuk dakapan di sana

Sebesar mana cintaku rasa
Tapi Ilahi lebih menyayangi
Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Ayah Ayah..
Tenanglah di sana
Ayah Ayah...
ketemu di syurga

Namun kuredha kerana berbangga
Dikurnia menjadi anakmu

Ayah.....

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Thursday 19 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU!

Views
Assalamualaikum.w.b.t...

   Salam sayang dari sy .Dah lama rasanya blog ni ditinggalkan sampai berhabuk dah...fuhhhh...penuh matani dgn habuk2.hehe..ok..so kita teruskan ,sekembalinya sy dilaman blogger ini utk meneruskan hobi sy ni dan macam-macam yang ingin sy kongsikan kepada followers or anda semua.Yela makin lama tinggal makin banyak pulak idea ni kan.Btw rasanya masih belum terlambat utk sy ucapkan SELAMAT TAHUN BARU !🤗 .Semoga lembaran baru ini memberikan sebuah coretan hidup yg menarik,lebih baik dr yg sebelumnya dan diberkati di dunia dan akhirat.amin..Harap-harap anda sudi membaca dan melawat blog sy yg xseberapa ini..tapi cantik kn???hehehe.
  Opss,sebelum sy terlupa,sy ingin berkongsi sedikit kisah penutup 2016 .Dah bersedia ke nak baca ???😊 Ok,dalam sedar xsedar dah 8 bulan sy bergelar isteri kepada lelaki pilihan sy,Alif bin Khirul Azam.Bermula dilaman muka buku sampaila ke jinjang pelamin..dan harap till jannah.amin.Macam xsangka walaupun dah bergelar isteri,masih diberi peluang utk berblogger lagi.Alhamdulillah.
   Next,sy sudah pun berhenti kerja dan sekarang menjadi surirumah ats pilihan dan kehendak sy sendiri dengan izin suami tercinta.Banyak kenangan dan pengalaman sepanjang kerjaya sy sebagai junior officer di Hq Aeon Credit Service Bhd.Daripada credit analyst berpindah ke admin.seriusly sangat seronok sebenarnya kerja kat situ tapi apakan daya jarak menjadi pemisah..cewahh..macam cakap pasal pasangan pulak kan..hahaha.takapalah..mungkin rezeki sy di tempat lain..cepat atau lambat Allah dah tentukan aturannya.Inshaallah,doakan sy ya..😊
    Shaklee???ha nak ceritalah ni.aduhh..tadi kata pendek aje.ni dah berjela panjangnya.hehe.maaf ya.inilah sy nak kongsikan pada anda..psssstt!!!sy sekarang ahli dan agent sah produk shaklee taw!haaa.tu diaaaa penangan teman sekerja dulu lah ni.Alhamdulillah..first time dik non oiii.nak market market ni.hahaha.jangan xpercaya!..
    Oklah,sampai disini sahaja penulisan sy hari ini.Nanti kita sambung lagi ye.😊🤗 Semoga berjumpa lagi dilain lembaran.tata titi tutu!



TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^

Monday 14 April 2014

Should I??

Views
Assalamualaikum...

Just to remind me...
Day by day i always remember myself,dont be selfish. I also remind myself,done be sad because Allah is always be there.I always think and think what will happen in my future????Could i strong enough???could I fair enough???could I can give the happiness to myself,my family and my friend too??Ya Allah,i try to be strong.I try to give the happiness to people around me..but I cant and I'm not strong enough..I know I'm not a perfect woman..and daughter..I'm not..I can't Ya Allah.I need the strength to survive in this weakness.Should i remain silent??should i??Ya Allah ,If I fail in doing your worship,You remind me..
If I'm lost in the world of love,You wake me up.Ya Allah ,please give me the strength to crawl in the way repentance.I want to be the best among all.I sincerely want to be a good person.I want committed to serve in the run command,Ya Allah..
Sincerely....


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA KE LAMAN BLOG SAYA ^_^